Tolonglah, kalau sayangkan Erra...

Bak kata orang "Air dititik dilautkan, tanah sekepal digunungkan."
Begitulah berita pergolakan rumah tangga Erra Fazira dan Yusry yang belum pun tentu kesahihannya tapi cerita yang tersebar seolah-olah memperbesarkan perkara yang kecil.

Dan berita angin yang disampai dari mulut ke mulut bagaikan sedang menunggu retak menanti belah.

Siapa yang tidak tertekan apabila hampir setiap minggu ada saja berita tidak manis pasal rumah tangga yang kononnya sedang bergolak hebat?

Hati siapa yang tidak terusik kalau perkhabaran tentang dirinya dibuat bermacam andaian sedangkan tuan punya diri lebih betah berdiam diri.

Bagi Erra, itulah dugaan yang terpaksa dihadapi. Bukan sekali air mata primadonna jelita ini mengalir laju. Sudah berbulan mungkin, kesabarannya diuji terus. Meskipun berkajang naskah yang tertulis perihal kisah rumahtangganya, wajah jelita artis popular satu Malaysia ini tidak pernah tertulis riak duka.

Tapi mungkinkah semua itu hanya tontonan sahaja sedangkan ketika bersendirian, siapa tahu kocak hatinya?

"Memanglah masaalah tu ada tapi masaalah itu boleh diatasi. Tetapi apabila banyak ditokok tambah, semuanya menjadi lebih buruk," jelas Erra.

Pintanya, "janganlah diburukkan lagi keadaan. Keadaan sekarang ni under control walapun kadang-kadang mood kita silih berganti. Nasib baiklah famili Erra dan suami adalah insan seni. Mereka lebih memahami keadaan yang sedang Erra hadapi sekarang."

Bagi Erra pengalaman pahit di masa silam telah banyak mengajarnya bagaimana untuk tidak melenting dan cepat melatah. Mungkin ramai yang ingin melihat Erra hilang pertimbangan tapi jiwa Erra lebih kental dari itu. Jangankan setitik air mata, kegusaran tidak langsung terlukis di riak wajahnya.

"Biarlah Erra sendiri yang merasanya. Tak perlulah dikongsi dengan orang lain. Yang pahit itulah penawar dan penawar itu lah yang mencipta ketenangan," ujarnya berhemah.

Walaupun keadaan dirinya "bagaikan kaca terhempas ke batu" sekalipun, Erra tidak cepat mengalah.

"Erra telah melalui lebih teruk dari ini dulu. Macam-macam sudah Erra hadapi. Pengalaman begini akan mendewasakan kita," kata penyanyi jelita yang pernah di mahkota Ratu Cantik Malaysia satu ketika dulu.

Ketika ini, Erra sedang sibuk menjalani proses rakaman untuk alabum terbarunya. Kemelut yang dihadapi tidak menjejaskan tumpuan Erra pada karier dan business.

"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Hidup mesti diteruskan walau bagaimana hebat dugaan yang menanti. Itu prinsip Erra. Erra dapat pisahkan antara personal dan karier. Memanglah mula-mula susah nak "handle" tapi Allah telah memberi kekuatan. Insya Allah sekarang Erra lebih tenang," tenang jawab Erra.

Mungkin ianya satu kebetulan tetapi tajuk-tajuk lagu di dalam album baru seolah menceritakan rahsia hatinya. Antaranya Ya atau Tidak (Edry KRU), Kekasih Misteri (Andy Mok), Bermula Dengan Mimpi (Andy Mok) dan Hadirmu (JFK).

Album yang akan di hasilkan bersama komposer tersohor Fauzi Marzuki tutur memuatkan sebuah lagu Bengkulu bertajuk "Wang Kite Gale" (Orang Kita).

"Itu lagu loghat Bengkulu, bahasa yang telah sebati dengan keluarga dan saudara mara Erra. Erra bangga dengan bahasa Bengkulu," ujar penyanyi tinggi lampai yang berketurunan Bengkulu dari Sumatera, Indonesia ini.

Menurut Erra, dia senantiasa mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan keluarganya. Sebelum mengakhiri perbualan, Erra berkata..."Sebagai manusia biasa, kadang ada yang tak kena, yang tersilap dan terkurang. Itu adatlah alam rumah tangga. Tapi orang luar tak perlu tahu. Itu hak peribadi Erra."

Bagi peminat Erra, hanya satu pintanya....."Tolonglah....Kalau sayangkan Erra....Janganlah cepat mempercayai perkara-perkara buruk yang ditulis pasal Erra."

Mungkin di saat ini, angin yang bertiup begitu kencang dan badai begitu kuat menghempas pantai. Namun hati dan perasaan Erra hanya dia dan Allah saja yang tahu. Janganlah ditambah lagi luka yang telahpun berdarah kerana keadaan artis jelita ini tak ubah seperti "Angin berputar, ombak bersabung" - kan soal rumah tangga amat sulit!Erra5

                 Erra6                                  

Bagi Erra dugaan mesti dihadapinya dengan tenang

Pahit-manis biarlah Erra yang merasakannya ........

                            

Erra penat jawab soalan rumahtangga

Erra12

Erra sudah jemu menjawab soalan-soalan berkisarkan hal peribadinya

Jangan ditanya lagi kisah kemelut rumahtangganya kerana bagi penyanyi dan pelakon jelita Erra Fazira, soalan begitu sungguh membosankan.

"Saya sudah bosan dan penat melayan soalan yang sama. Lebih baik tumpukan pada karier dan album baru saya 'Ya Atau Tidak.' Erra sendiri sudah jemu melayan soalan-soalan peribadi. Sebagai manusia menghadapi masalah itu kan biasa. Lagipun, banyak lagi perkara penting yang memerlukan perhatian Erra sekarang ini," jelas Erra.
Tapi jangan pula membuat sangkaan yang Erra sengaja menyibukkan diri untuk mengelak daripada masalah yang sedang dihadapinya.

"Macam-macam andaian orang buat tentang saya. Pengalaman di dalam industri seni telah banyak mematangkan Erra untuk tidak cepat melenting. Ramai orang yang terlibat secara langsung di dalam karier Erra. Jadi tidak adil sekiranya Erra membebankan masalah Erra pada mereka ini.

"Lagipun tidak perlu kita menceritakan segala masalah pada orang. Yang penting kita tahu membatas diri dan membezakan antara peribadi dan karier," jelas Erra.

Apa yang membuat Erra begitu teruja sekarang ini adalah bercerita mengenai lagu Bangkahulu yang bertajuk 'Wang Kite Galey’ yang bermaksud Orang Kita Semua.

"Inilah satu-satunya lagu yang Erra cipta sendiri dan tulis liriknya sekali. Erra tidak pernah mencipta lagu sebelum ini. Erra rasa terpanggil untuk mencipta lagu Bangkahulu ini. Itu pun setelah mendengar berbelas lagu tradisional yang dihantar kepada syarikat rakaman. Tidak satupun tidak dapat memuaskan hati Erra.

"Bukannya lagu-lagu itu tak sedap tetapi Erra mencari satu melodi yang unik dan bersifat kedaerahan bagi mengingatkan Erra tentang negeri asal Erra iaitu Bangkahulu di Pulau Sumatera," terangnya panjang lebar.

Kebetulan selepas mencipta lagu itu, Erra bertemu dengan Nai Kong, komposer dan penyusun muzik.

Nai Kong telah menyusun lagu tersebut menjadi lebih kreatif dan sedap didengar. Erra juga telah meminta penyanyi Hazami untuk menjaga vokalnya ketika proses rakaman lagu Bangkahulu itu. Hasilnya cukup memuaskan hati.

Erra yang berketurunan Bangkahulu terlalu meminati bahasa ibundanya itu.

"Bahasa Bangkahulu iras-iras Minang tapi telonya lain sikit. Kalau kami berkumpul sesama keluarga, memang bahasa Bangkahulu yang kami gunakan," ujar Erra yang dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor.

Erra juga akan mengeluarkan satu single bertajuk 'Harapan Hanya Impian' ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Habsah Hassan. Bunyinya sahaja sudah membuatkan ramai orang membuat tanggapan tentang kisah rumahtangganya.

Apapun andaian yang dibuat oleh peminat, Erra tidak kisah.

"Terpulang kepada persepsi dan anggapan peminat. Biarlah apa orang nak kata, saya sudah tidak

kisah. Bagi Erra, lirik lagu ini begitu istimewa dan sangat bermakna. Saya telah meluahkan segalanya di dalam album ini," ujar Erra.

Album 'Ya Atau Tidak,' terbitan Sony BMG ini bakal berada di pasaran dalam masa dua minggu lagi dan akan memuatkan 10 buah lagu hasil nukilan komposer dan penulis lirik Adnan Abu Hassan, Edry KRU, Audi Mok, Ross Ariffin, Johan Farid Khairuddin, Omar K, Cat Farish, Habsah Hassan, Ireani Yaacob dan Shah.

Manakala lagu-lagunya terdiri dari Kekasih Misteri, Hadirnya, Bermula Detik Ini, Kembalilah, Bermula Dengan Mimpi dan Ya Atau Tidak.

Erra juga baru sahaja selesai menjalani penggambaraan filem terbarunya 'Los and Faun' di mana dia berlakun sebagai Puan Jasmin, iaitu "isteri" kepada pelakon, penerbit dan pengarah Afdlin Shauki.

Walaupun pernah berlakon disamping Afdlin di dalam filem Soal Hati dan Soalnya Siapa?, filem Los And Faun adalah filem pertama Erra berlakon di bawah arahan Afdlin.

"Watak Afdlin yang lucu dan bersahaja terbawa-bawa ke set penggambaran. Tidak banyak bezanya walaupun Afdlin jadi pengarah. Erra senang bekerja dengan Afdlin kerana dia mudah dibawa berbincang," ujar Erra yang juga menanti dengan penuh debar tayangan filem barunya Qabil Qushie Qabil Ghum.

Los and Faun, filem yang bercorak komedi ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan lain seperti Adlin Aman Ramlie dan Hans Isaac.

Selain sibuk mengurus promosi filem dan album terbarunya, Erra juga akan menerbitkan program kecantikan menerusi Erra Fazira Entertainment, Selebriti Ek.

  • Erra1_1

Erra kecewa dengan cara 'Ye Atau Tidak' dipasarkan walaupun dirinya mengambil masa tiga bulan utnuk mempromosikan album ketujuhnya itu

Kecewa dengan penjualan album Ye Atau Tidak

Hampir setahun berada di pasaran, penjualan album terbaru Erra yang berjudul Ye Atau Tidak tidak mencapai jumlah yang memberangsangkan.

"Penjualan memang lembap dan ini mungkin disebabkan oleh strategi pemasaran yang kurang menjadi," ujarnya mengenai album ketujuhnya yang dikeluarkan setelah dua tahun tidak menghasilkan sebarang album.

"Malah saya tidak mengambil sebarang tawaran berlakon selama tiga bulan untuk memberi fokus terhadap album saya. Namun keputusannya amat mengecewakan," ujar Erra yang kini bernaung di bawah Sony BMG Entertainment.

Ketika ditanya jika kedua-dua pihak pernah duduk semeja untuk berbincang mengenai promosi album tersebut, Erra menjawab,"Kita perlu kerjasama dari dua pihak tapi apakan daya...."

Malah bekas personaliti Lux ini juga turut tidak mengetahui jumlah jualan albumnya setakat ini.

Untuk tahun 2007 pula, Erra akan kembali beraksi di layar perak.

"Saya sudahpun menerima beberapa tawaran berlakon filem dan masih dalam proses perbincangan. Jadi belum ada hitam putihnya lagi susah saya nak cakap," jelas Erra mengenai pembabitan filemnya yang belum lagi mencapai konfirmasi lagi.

"Tetapi ketiga-tiga filem tersebut mempunyai genre berbeza iaitu komedi, seram dan drama," katanya lagi yang besar kemungkinan akan berlakon di dalam filem seram bertajuk 'Anak'.

Erra tinggalkan Avon demi Ferra KL

Erra tinggalkan Avon demi Ferra KL

Erra

Erra kini muncul dengan barangan set penjagaan muka iaitu Ferra KL
(Foto The Star Oleh Azhar Mahfof)

Kerjaya di bidang seni hiburan tidak dapat menjamin masa depan golongan artis. Tambahan pula populariti seseorang artis bagaikan pasang surut dan turun naik mengikut 'pasaran semasa.'

Penyanyi serta pelakon popular, Erra Fazira mengambil inisiatif untuk menceburi bidang perniagaan dan menganggapnya sebagai satu insurans untuk bekalan masa depan.

"Kita tidak boleh bergantung hidup pada bidang ini untuk selama-lamanya. Kita harus mencari alternatif lain untuk menjana sumber kewangan untuk masa depan yang lebih stabil," jekas wanita jelita berusia 33 tahun ini ketika Majlis Rumah Terbuka anjuran bersama sahabat karibnya Umie Aida baru-baru ini.

Sinonim dengan gelaran bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra kini memasuki bidang kosmetik serta penjagaan kulit yang memang tidak asing baginya.

"Nama produk saya adalah Ferra Kosmo Look atau nama ringkasnya Ferra KL. Kini kami mempunyai range whitening dan ianya terhad kepada stokist-stokist Ferra KL saja," ujar Erra yang sudahpun mengelolakan sebuah majlis doa selamat sempena pengeluaran produk tersebut pada bulan Ramadhan yang lalu.

"Pelancaran Ferra KL akan dilakukan pada 22 November ini bertempat di Hotel Cititel Midvalley.

"Keunikan pelancaran ini adalah demonstrasi bagaimana menggunakan produk tersebut serta 'goody bag' yang merangkumi satu set penjagaan kulit berharga RM150," ujarnya yang turut mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli baru untuk menyertai Ferra KL.

Rangkaian penjagaan Erra agak lain dari yang lain kerana produknya merupakan campuran bahan-bahan tempatan dan Denmark.

"Memang terdapat banyak jenama yang berada di pasaran tetapi setelah menjadi duta untuk produk kecantikan, saya rasa saya memahami apa kehendak kaum wanita.

"Produk saya merupakan campuran bahan-bahan dari Denmark dan negara kita. Kami memakan masa selama setahun lebih untuk menjalani kajian. Oleh itu kualitinya amat terjamin," ujar pelakon Sembilu itu yang menjelaskan bahawa dia terlibat secara langsung di dalam kajian Ferra KL sejak dari peringkat awal kajian sehingga kini.

"Saya bukan buka perniagaan kerana hanya untuk nama tetapi saya mengawasi setiap perkembangan produk Ferra KL," tegasnya lagi.

Setelah lima tahun berkhidmat sebagai jurucakap untuk produk kecantikan antarabangsa Avon, Erra mengakui bahawa sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan jenama tersebut.

Ketika ditanya jika pihak Avon tahu mengenai kemunculan Ferra KL, Erra menjawab,"Kalau setahun yang dahulu kemungkinan besar mereka tidak tahu tetapi kini saya rasa pihak Avon sudah tahu."

Pengalaman yang diperolehi menerusi Avon serba sedikit membantu Erra serta rakan perniagaannya untuk menerajui produk tersebut.

Apabila ditanya mengenai siapakah rakan niaganya, Erra hanya menjawab,"Seorang ahli perniagaan."

Poster Filem CUCI

Poster Filem CUCI - Mengambil imej Tugu Kebangsaan (National Monument) dan askarnya digantikan dengan tukang cuci. Kreatif dan unik! Apa pendapat anda dengan poster ini?

Tajuk Filem:
CUCI

Genre:
Komedi

Format:
35mm

Durasi:
90min

Penerbit:
Dato’ Anthony Fernandes
Hans Isaac

Pengarah:
Hans Isaac

Cerita Asal:
Hans Isaac
Harith Iskander

Penulis Skrip:
Harith Iskander
Hans Isaac

Olahan Skrip:
Ted Azelan

Sinopsis Filem

Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.

Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim  (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.

Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.

“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi.

Antara Barisasn Pelakon “CUCI”

Awie:
Jojo   

Afdlin Shauki:
Fairil 

Ac Mizal:
C’Tan   

Hans Isaac:
Khai

Erra Fazira: 
Cj (Siti Jasmin)

Umi Aida: 
Farah

Dato’ Rahim Razali:   
Tan Sri Rahim

Khir Rahman:
Wira

INFO FILEM CUCI:

1. Filem CUCI adalah buah tangan pertama Hans Isaac sebagai pengarah filem. Filem ini menjadi kayu ukuran kepada filem beliau yang akan datang. Persoalannya, mampukah Hans Isaac mencari identitinya sendiri dalam gaya pengarahannya atau masih terbawa-bawa dengan cara sifoonya, Afdlin Shauki.

2. Kesemua tunjang utama filem ini iaitu Hans, Afdlin Shauki, AC Mizal dan Awie pernah menjayakan filem arahan Afdlin Shauki iaitu Baik Punya Cilok. Soalan yang pasti ditanya oleh wartawan, mengapa memilih kawan-kawan atau perkataan yang lebih tepatnya KRONI. Bukankah diluar sana masih ramai lagi pelakon di Malaysia yang boleh ditawarkan?

3. Pengambaran filem ini dibuat di sekitar Kuala Lumpur.

4. Melihat kepada barisan pelakonnya, tidak dapat saya sangkalkan bawa aspek komersial menjadi keutamaan. Saya rasa filem ini akan berjaya mengamit ramai peminat ke pawagam. Semua orang mahu untung. Siapa mau rugi kan?

5. Filem ini mempunyai komedi yang berlainan dengan “Baik Punya Cilok”. Ianya lebih menekankan kepada realiti kehidupan dan logika pemikiran. Ada setengah filem komedi mengetepikan aspek sedemikian.

6. Filem ini diterbitkan oleh syarikat milik Hans Isaac iaitu Tall Oaks Production dengan usahasama Tune Entertainment Group Sdn Bhd.

7. Saya rasa Hans Isaac banyak mendapat sumber inspirasi daripada Afdlin Shauki. Setelah berlakon, Hans ingin menjadi pengarah dan penerbit serta penulis skrip. Kemudian apa lagi? Menyanyi je Hans Isaac belum buat. Mahu cuba bikin album pula lepas ni? Peranan Hans memang besar untuk mengangkat filem ini ke mercu jaya. Saya pernah terfikir, laratnya Hans Isaac buat semua benda dalam satu masa. Jawapannya satu sahaja, Gigih! Rajin berusaha tangga kejayaan.

Apa-apa pun, tunggu sahaja filem ini ditayangkan pertengahan tahun 2007.

Gossip tentang Erra

Erra Fazira nafi akan kahwin dengan Datuk M

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira menafikan beliau sedang hangat bercinta dengan seorang kenamaan (VIP) bergelar Datuk M dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Erra yang sibuk menjalani penggambaran filem Anak arahan Barnie Lee di sekitar ibu negara berkata, gosip itu tersebar sejak beliau bercerai dengan Yusry Abdul Halim, 16 Jun tahun lalu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, beliau cukup rimas dengan gosip yang tidak berasas itu kerana ia menjejaskan imej dan menyinggung perasaan keluarganya.

“Kenapa bila seorang artis itu bercerai dia mesti dikaitkan dengan VIP? Sebagai artis, saya rasa terkilan seolah-olah bila bercerai artis tidak mampu menyara hidup sendiri.

“Sebenarnya saya sudah muak dengan cerita yang tidak berfaedah. Cukup-cukuplah sebarkan fitnah, tak baik kerana sebelum ini saya juga dikatakan bercinta dengan Datuk Z, Tan Sri dan ramai lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Erra, beliau bukan sahaja dikaitkan dengan VIP malah pernah juga dikatakan menjalin hubungan dengan kerabat diraja.

Apa yang pasti, kata Erra dalam waktu terdekat ini beliau belum terfikir untuk mencari pengganti Yusry sebaliknya lebih senang menumpukan perhatian pada kerjaya.

Bagaimanapun jika ditakdirkan bertemu jodoh, Erra mengimpikan seorang lelaki yang memahami kerjayanya sebagai artis dan usahawan.

“Sebagai wanita yang pernah berkahwin, saya memang perlukan teman hidup tetapi biarlah lelaki itu seorang yang memahami kerjaya saya,’’ ujarnya.

Album Ya Atau Tidak

Erra amat teruja dengan album ini. Erra mahu berkongsi segala kisah yang ada menerusi album 'Ya Atau Tidak'. Erra melahirkan pelbagai ekspresi menerusi lagu-lagu Erra. Lirik-lirik lagu di dalam album ini begitu istimewa bagi Erra. Ia amat bermakna bagi Erra dan begitu mendekati jiwa Erra."

Kali ini Erra bergabung tenaga dengan penerbit-penerbit lama dan baru, antaranya Adnan Abu Hassan, Azlan Abu Hassan, Edry (KRU), Audi Mok, Cat Farish, Ross Ariffin dan Naikong. Antara komposer-komposer yang menyumbangkan lagu di dalam album ini ialah Azlan Abu Hassan, Adnan Abu Hassan, JFK & Omar K, Audi Mok dan Cat Farish.

Yang istimewanya, Erra turut menyumbangkan sebuah lagu yang digubah dalam bahasa Bangkahulu berjudul ‘Wang Kite Gale”. Bahasa Bangkahulu merupakan bahasa harian Erra dan keluarga Erra. Lagu ini terlalu istimewa untuk Erra. Ini merupakan sumbangan Erra kepada masyarakat Bangkahulu yang berasal dari Sumatera, Indonesia.

Powered by Friendster Blogs